Warga asing masih tak dibenarkan solat jemaah di masjid





WARGA asing masih tidak dibenarkan menunaikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail berkata, ia berikutan Jawi ingin mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkuasa di Wilayah Persekutuan seperti diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN).

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan warga asing bekerja di negara ini menunaikan solat berjemaah di masjid mulai 1 September ini.

"Bagaimanapun mereka perlu berdaftar dengan pihak masjid dan mematuhi SOP ditetapkan," katanya.